Monday, February 9, 2009


























1. TAJUK: PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN / MENGEMAS/
MEMBERSIH

2. DISKRIPSI BIDANG KOMPETENSI :
Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab membantu guru di dalam merancang menu dan mengelola penyediaan makanan serta melaksanakan peraturan cara makan disamping mengamalkan kebersihan makanan , dapur dan ruang makan bagi memastikan murid-murid prasekolah dapat menikmati makanan yang bersih, berkhasiat, dan seimbang.

OBJEKTIF

Untuk memastikan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) dapat :

3.1 Menyedia dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang.
3.2 Membersih dan mengemaskan perkakasan dapur dengan baik.
3.3 Menyedia dan mengemas keseluruhan ruang di prasekolah.
3.4 Menyusun atur peralatan di prasekolah mengikut keperluan semasa.

BIDANG TUGAS

4.1 Cara penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
4.2 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
4.3 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
4.4 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

SKOP / AKTIVITI :

5.1 Cara penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

5.1.1 Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayur-sayuran walaupun menjimatkan air.
5.1.2 Tempat penyediaan sayur hendaklah dibersihkan dari bahan mentah lain seperti daging, ayam atau ikan.
5.1.3 Proses menyediakan bahan mentah sebelum memasak haruslah dilakukan tempat yang bersih.
5.1.4 Semua makanan yang dimasak harus dimasak dengan secukupnya.
5.1.5 Meletakkan makanan beku dibawah air bersih yang mengalir pada suhu 21’ C sehingga cair.
5.1.6 Letakkan makanan beku dalam ruang penyejuk atau peti sejuk pada suhu 5 ‘ C .
5.1.7 Gunakan ketuhar gelombang mikro ( mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pembuat ).
5.1.8 Meletakkan makanan beku terus dalam proses memasak konvensional dan pastikan suhu yang sesuai untuk menyah beku dan memasak dalam proses yang sama.
5.1.9 Pada umumnya masak pada suhu didih 100’C pada jangka masa 5-10 minit adalah cukup untuk membunuh bakteria.
5.1.10 Makanan sedia dimakan untuk penghidangan berterusan harus disimpan pada suhu penyimpanan berikut :
- Untuk makanan yang dihidang panas (63’C atau lebih)
- Untuk makanan yang dihidang sejuk (4’C atau kurang).
- Untuk makanan yang dihidang beku (10’C atau kurang).
5.1.11 Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging disimpan pada suhu beku. Penyimpanan suhu sejuk beku supaya dapat menahan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
5.1.12 Pastikan semua Pembantu Pengurusan Murid mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
5.1.13 Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas.
5.1.14 Membasuh tangan setiap kali dengan sabun sebelum menyedia dan menghidang makanan.
5.1.15 Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan.
5.1.16 Kuku pendek dan bersih.
5.1.17 Jangan memakai barangan kemas semasa menyediakan makanan.
5.1.18 Pastikan diri sentiasa bersih dan kemas.
5.1.19 Berpakaian bersih, pastikan apron dan tudung kepala bersih dan dipakai dengan betul.
5.1.20 Elakkan mengorek telinga, hidung dan menggaru ketika menyediakan makanan.
5.1.21 Elakkan mengunyah makanan ketika menyediakan makanan.
5.1.22 Dapat rawatan segera sekiranya sakit.
5.1.23 Pemilihan bahan mentah :
· Mengikut spesifikasi ( syarat kontrak ).
· Bahan mentah seperti telur, ayam daging, ikan sayur dan susu dipilih dengan teliti. Elakkan pencemaran bendasing seperti batu, pasir dan sebagainya. Jika berkulat atau cacing terus ditolak.
· Elakkan daripada membeli bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih. ( bercampur dengan bahan-bahan kimia atau bahan bukan makanan )
· Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam tidak berbau busuk dan meleket berada pada suhu 7.2’C sewaktu penerimaan .

5.1.24 Pemilihan bahan makanan di dalam tin (susu tepung,milo,ovaltine-makanan yang diawet di dalam tin tidak digalakkan )
· Tin yang tidak kemek dan tidak berkarat .
· Periksa tarikh pembuatan dan tarikh luput.
· Stor penyimpanan bahan kering mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan.
· Suhu yang lebih baik ialah 21’C

5.1.25 Penyediaan sayuran dan buah – buahan :
· Rendam dan basuh sebersih-bersihnya sayur-sayuran dan buah-buahan segar sama ada untuk di masak atau di makan mentah.
· Gunakan bekalan air yang selamat untuk membuang bahan cemar yang melekat sebelum dipotong atau di makan.
· Elakkan memegang makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan dengan tangan.
· Gunakan penyepit, sudu , garfu untuk ambil makanan.
· Lindungi makanan daripada terdedah dengan penutup yang sesuai.
· Bahan bercetak tidak harus digunakan untuk membalut makanan.

5.1.26 Jangan meniup ke dalam beg plastik dan pembungkus bungkusan yang digunakan untuk makanan dan minuman.

5.1.27 Semasa menghidangkan jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk.

5.2 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

5.2.1 Gunakan peralatan yang bersih dan selamat. Papan pemotong yang khas untuk sayur dibersihkan dengan mengikis,dibersihkan dengan air panas dan dikeringkan.
5.2.2 Perkakas yang berasingan harus dikendalikan untuk makanan yang sudah dan belum dimasak.
5.2.3 Pastikan kawasan pengendalian dan penghidangan makanan masak disediakan berasingan daripada tempat pengendalian dengan penyediaan bahan mentah.
5.2.4 Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan bahan makanan mudah rosak.
5.2.5 Bersihkan peti sejuk sekurang-kurangnya satu kali seminggu.
5.2.6 Barang-barang disusun kemas.
5.2.7 Stok tidak berlebihan supaya tidak menyempit ruang dan memberi peluang untuk kehadiran tikus dan lain- lain serangga.
5.2.8 Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut.
5.2.9 Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.
5.2.10 Gunakan bahan pencuci yang sesuai untuk mencuci
peralatan.






5.3 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

5.3.1 Bekalan air yang selamat dan cukup.
5.3.2 Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.
5.3.3 Tong sampah bertudung dan bersih hendaklah disediakan.
5.3.4 Sampah dibuang setiap hari .
5.3.5 Kemudahan basuh tangan yang mencukupi serta dilengkapi dengan sabun, tong sampah, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan.
5.3.6 Mop lantai setiap hari selepas sesi pembelajaran.
5.3.7 Pastikan air limbahan tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
5.3.8 Sentiasa memastikan lantai, tandas, tingkap dan longkang serta permainan luar bersih dan selesa untuk digunakan.
5.4 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

5.4.1 Mengatur kerusi meja dan mempastikan semuanya berada dalam keadaan bersih, selamat digunakan, menarik dan selesa.
5.4.2 Mengatur peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut pusat-pusat pembelajaran yang ditetapkan mengikut komponen .
5.4.3 Memastikan keadaan di dalam dan luar kelas berada di dalam situasi yang selamat , selesa dan menarik dan kondusif untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.
5.4.4 Sentiasa membersihkan alatan yang telah digunakan selepas aktiviti pembelajaran.
5.4.5 Menyusun semula alatan pengajaran dan pembelajaran selepas sesi pembelajaran.
5.4.6 Menyimpan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkaitan dengan tema di tempat yang sesuai (stor).
5.4.7 Membantu guru di dalam merancang susun atur plan kelas prasekolah.
5.4.8 Peralatan di dalam stor berada kemas dan terancang.
5.4.9 Membantu guru mengenalpasti perabut dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang rosak untuk tindakan hapuskira.
5.4.10 Mempastikan benda-benda merbahaya berada di tempat yang sesuai dan selamat kepada murid.





CADANGAN PERISIAN KURSUS

Kursus berkaitan pemakanan dari pakar pemakanan
Kursus pengurusan masakan
Kursus pengurusan dapur
Kursus penyediaan menĂº
Lawatan kerja contohnya lawatan kerja ke pusat “Dapur Sihat di Pusat Kesihatan Umum”
TAJUK : URUSAN PENJAGAAN HAL EHWAL MURID

DISKRIPSI KOMPETENSI:

Pembantu Pengurusan Murid (PPM N17) perlu sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan Hal Ehwal Murid supaya berkesan, untuk mempertingkatkan lagi kebajikan, keselamatan, disiplin dan kesejahteraan murid.

OBJEKTIF:

Pembantu Pengurusan Murid (PPM N17) dapat memastikan tugas dilaksanakan dengan lebih berkesan dari segi :
1. Pengurusan kebersihan murid
2. Penjagaan keselamatan, kebajikan dan kesihatan.
3. Menjadi ‘Role-model’ kepada murid

BIDANG TUGAS:

Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.


SKOP/AKTIVITI

1. Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

1.1 Memeriksa kebersihan diri dan pakaian murid pada waktu pagi
sebelum kelas bermula.
1.2 Memastikan kebersihan diri dan pakaian murid sentiasa dalam
keadaan kemas dan bersih.
1.3 Memastikan murid membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
1.4 Memastikan murid menggosok gigi selepas makan.
1.5 Memastikan murid mengelap tangan dengan tuala yang bersih
selepas membasuh tangan.
1.6 Memastikan kebersihan diri dan pakaian murid selepas makan dan
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.8 Membantu murid-murid membersihkan diri jika perlu.
1.9 Menyusun dan mengemas kasut di tempat yang telah dikhaskan.
1.10 Memastikan murid minum pagi sebelum kelas dimulakan.
1.11 Menghadiri kursus berkaitan.
1.12 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

2. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

2.1 Mengasuh dan mendidik serta menjadi tauladan kepada murid-murid tentang kebersihan dan kekemasan.
2.2 Mengurus dan mengawal tingkahlaku murid sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Keterampilan diri menjadi teladan kepada murid seperti tingkahlaku diri, tutur-kata, kesopanan menjadi tauladan kepada murid.
2.4 Sentiasa berpakaian kemas sewaktu bertugas.
2.5 Menghadiri kursus yang berkaitan.
2.6 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

3. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

3.1 Menyambut kedatangan murid dengan mesra sebelum kelas bermula.
3.2 Memastikan murid dalam keadaan selesa dalam kelas.
3.3 Memastikan waris atau penjaga mengambil murid sewaktu pulang.
3.4 Memastikan murid bersalam dengan guru dan pembantu sebelum dan selepas kelas.
3.5 Membentuk sahsiah yang sempurna seperti doa, memberi salam, tutur-kata dan peradaban.
3.6 Menerapkan nilai moral melalui bacaan doa:
- doa masuk dan mula kelas
- doa sebelum dan selepas makan
- doa masuk tandas
- doa sewaktu pulang dan lain-lain
- menerapkan nilai-nilai moral yang sesuai dengan
kepercayaan agama.
3.7 Membantu guru mengurus program lawatan dan aktiviti ko kurikulum (karnival, sukan dan lain-lain).
- jadual lawatan
- pengangkutan
- makan dan minum
- pengurusan murid
3.8 Memastikan tetamu/waris berhubung dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum ke kelas prasekolah.
3.9 Menghadiri kursus yang berkaitan.
3.10 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
4. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

4.1 Mengiringi murid ke tandas.
4.2 Membimbing murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.
4.3 Memastikan tandas dalam keadaan bersih dan selamat diguna.
4.4 Membawa murid ke klinik/hospital jika perlu.
4.5 Memerhati tahap kesihatan murid pada waktu pagi sebelum
memulakan P&P dan sewaktu pulang.
4.6 Mengiringi murid-murid ke bilik rawatan apabila ada pemeriksaan kesihatan dari pihak klinik/hospital.
4.7 Menghadiri kursus yang berkaitan.
4.8 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

5.1 Memastikan peralatan yang akan digunakan tidak membahayakan murid (dalam dan luar kelas).
5.2 Mengemas/menyimpan peralatan selepas digunakan.
5.3 Memastikan alat pemadam kebakaran berfungsi.
5.4 Memastikan suis elektrik ditutup selepas digunakan.
5.5 Memastikan pendawaian eletrik sentiasa dalam keadaan selamat.
5.6 Memastikan peralatan dapur disimpan di tempat yang selamat.
5.7 Memastikan saluran gas dalam keadaan selamat digunakan.
5.8 Memastikan bilik rawatan/rehat disediakan dan berfungsi jika ada.
5.9 Memastikan Peti Pertolongan Cemas berfungsi, perkakasan sentiasa di periksa (ubat-ubatan tidak lupus tarikh) serta selamat digunakan.
5.10 Memastikan pintu dan tingkap berkunci sebelum meninggalkan kelas.
5.11 Sentiasa memastikan keadaan kelas dalam keadaan kondusif sepanjang proses P&P.
5.12 Menghadiri kursus yang berkaitan.
5.13 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.


Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

6.1 Mengawal tingkahlaku atau pergerakan murid semasa ketiadaan guru.
6.2 Bertindak sebagai pembimbing.
6.3 Memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana pembelajaran.
6.4 Menghadiri kursus yang berkaitan.
6.5 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.


















CADANGAN KURSUS YANG BOLEH DIJALANKAN KEPADA PPM N17

TAJUK:

1. Kursus Pengurusan Penjagaan Hal Ehwal Murid
2. Jangka masa: 2 jam

AKTIVITI:

1. Peserta Kursus PPM N17 akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan mencatatkan perkara-perkara yang mereka lakukan di kelas prasekolah yang berkaitan dengan tugasan Pengurusan Hal Ehwal Murid N17.
2. Pembentangan oleh ketua kumpulan
3. Pembentangan kursus oleh fasilitator.
4. Sesi soaljawab
5. Ulasan dari peserta kursus tentang dapatan daripada kursus yang telah diberikan berdasarkan boring penilaian yang diedarkan kepada setiap peserta kursus.
1. TAJUK : Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Prasekolah

2. DISKRIPSI KOMPETENSI

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 bertanggungjawab membantu guru di kelas-kelas prasekolah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah secara efektif bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki sekolah rendah.

3. Objektif

Memberi pendedahan kepada Pembantu Pengurusan Murid N 17 untuk memahami bidang tugas dalam membantu pengajaran dan pembejaran murid prasekolah secara berkesan.

3.1 Mengetahui Akta Pendidikan yang berkaitan dengan tugasan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Tahu teori dan ciri perkembangan kanak-kanak bagi membantu memahami tingkahlaku murid dan perdezaan individu murid mengikut tahap perkembangan mereka.

3.3 Mengetahui kandungan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, pendekatan dan strategi serta pengurusan Rekod Profil murid.

3.4 Mengetahui asas persediaan mengajar dan boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

3.5 Mendapat pengetahuan asas dalam pedagogi dan rutin harian di kelas prasekolah

3.6 Tahu dan boleh menguruskan keperluan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

3.7 Peka dalam pengurusan ruang dalam dan luar bilik darjah bersesuaian dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran


4. BIDANG TUGAS PPM DALAM MEMBANTU PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertanggungajawab dalam semua hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah. Tugasan ini merupakan tugasan utama dalam membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini maka PPM mesti memahami tugas dan peranannya. Bidang tugas dalam membantu pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;





4.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
4.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
4.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
4.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
4.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
4.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
4.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
4.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah







5 SKOP/AKTIVITI

5.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan;

5.1.1 Membantu merancang aktiviti bimbingan dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
seperti membimbing murid memberi ucap selamat atau salam dan bertutur dengan bertatasusila. Beratur dan mengikut giliran apabila melakukan aktiviti.

5.1.2 Membantu merancang aktiviti asuhan pembelajaran di dalam dan di luar biliik darjah.. Seperti mengasuh murid untuk menjaga kebersihan diri, pakaian dan sentiasa menyusun kasut di tempat yang disediakan dan mengemas peralatan selepas digunakan.

5.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan;

5.2.1 Mewujudkan suasana dan persekitaran kelas yang kondusif.
5.2.2 Membantu menceriakan kelas dengan bahan bantu belajar dan mengajar mengikut keperluan berasaskan tema pembelajaran
5.2.3 Membantu menguruskan susun atur perabot di pusat-pusat pembelajaran mengikut keperluan tema dan komponen-komponen dalam kurikulum
5.2.4 Membantu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan menarik minat murid. Seperti pengabungalinan belajar melalui bermaindan kesepaduan hasil pembelajaran dengan penggunaan multi media dalam pengajaran.

5.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah;

5.3.1 Membantu mengelola aktiviti pembelajaran yang berteraskan murid dan pengilibatan murid dalam setiap aktiviti.
5.3.2 Membantu dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang mencabar minda murid, meneroka dan mewujudkan rasa ingin tahu murid.
5.3.3 Membantu mempelbagaikan proses pembelajaran berteraskan pendekatan belajar melalui bermain. Seperti : bercerita dengan menggunakan pendekatan main peranan dan aksi. Beraksi mengikut rentak dan irama. Menyanyi dan menggunakan semasa bercerita.

5.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar;

5.4.1 Melaksanakan amalan dan pelakuan baik setiap masa yang boleh dicontohi dan diikuti oleh murid. Seperti mengucapkan terima kasih setelah murid membantu memberishkan meja selepas makan.
5.4.2 Membantu memberikan penghargaan dan pengiktirafan dalam setiap aktiviti murid. Seperti: memberi pujian/ ganjaran dan memberikan penghargaan dalam bentuk koleksi lencana atau bintang pencapaian.
5.4.3 Membantu memberi dorongan dan ransangan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.
5.4.4 Membantu mempertingkatkan sikap dan nilai dalam tingkah laku dan perlakuan murid. Seperti: tekun, rajin, sabar dan cermat.

5.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah;

5.5.1 Membantu memilih bahan serta peralatan yang sesuai dengan tema-tema pengajaran.
5.5.2 Membantu menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.
5.5.3 Membantu menyusun atur bahan dan perlatan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.4 Membantu mengemaskan bahan dan perlatan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.5 Membantu menentukan bahan dan peralatan yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan murid.
5.5.6 Membantu membuat klasifikasi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian berasaskan pusat-pusat pembelajaran.
5.5.7 Membantu mempamerkan bahan-bahan dan perlatan yang sesuai bagi tujuan mengukuhan pembelajaran.
5.5.8 Menentukan bahan dan peralatan dalam keadaan baik, bersih dan selamat sebelum digunakan.

5.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kasihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya;

5.6.1 Membantu mengawas aktiviti murid semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
5.6.2 Membantu mengawas pergerakan dan perlakuan murid semasa melakukan aktiviti di luar bilik darjah dan semasa menggunakan peralatan permainan luar. Seperti: gerak laku murid semasa menggunakan palang pemanjat ( monkey bar) dan semasa bermain buaian
5.6.3 Memastikan persekitaran dalam keadaan selamat semasa menjalankan aktiviti luar kelas. Contoh: cuaca berjerubu.
5.6.4 Memastikan murid berpakaian kemas dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
5.6.5 Membantu dan membimbing murid melakukan aktiviti pembelajaran secara tertib dan bertatasusila seperti semasa makan, semasa ke tandas dan gosok gigi.

5.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif;

5.7.1 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti individu dan kumpulan. Seperti: membantu murid menjalankan aktiviti menulis, melukis dan mewarna, membuat kraftangan, binaan dan kemahiran manupalatif.
5.7.2 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti awal membaca, asas menulis dan asas mengira.
5.7.3 Membantu murid dan mendampingi mereka dalam aktiviti gerak kerja fizikal seperti lompat ketinting dan imbangan badan bagi membantu dalam perkembangan psikomotor kasar dan gerakan jari untuk perkembangan psikomotor halus.
5.7.4 Membantu dan membimbing murid dalam berkomunikasi secara bersopan dan bertatasusila.

5.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah;

5.8.1 Membantu guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut tema yang telah ditetapkan
5.8.2 Membantu menentukan aktiviti pe,belajran mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid.
5.8.3 Membantu guru membuat persediaan awal bahan dan peralatan yang akan digunakan mengikut tema pembelajaran
5.8.4 Membantu guru menguruskan aktiviti pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu.
5.8.5 Membantu guru mengelolakan kumpulan pembelajaran mengikut aktiviti-aktiviti berasaskan perancangan mengajar.
5.8.6 Membantu guru mewujudkan pusat tema pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancangkan dalam takwim.
5.8.7 Membantu guru mengawal disiplin murid semasa aktiviti dijalankan
5.8.8 Membantu guru mengedar dan memungut bahan serta peralatan pengajaran murid semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan
5.8.9 Membantu guru mengumpul, mempamerkan dan menyimpan hasil kerja murid.

CADANGAN PERISIAN KURSUS

1. Teori Perkembangan Kanak-kanak
2. Pengurusan Kurikulum Prasekolah
3. Pendekatan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
4. Pengurusan Rekod Mengajar
5. Asas Pedagogi dan sehari di prasekolah
6. Pengurusan ruang dalam dan luar prasekolah

PERUNTUKAN MASA

16 jam
PENGURUSAN PENTADBIRAN KELAS PRASEKOLAH


1. TAJUK :

Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah


2. DISKRIPSI KOMPETENSI :

Pembantu Pengurusan Murid (PPM ) N 17 bertanggungjawab memasti dan
melaksanakan pengurusan pentadbiran, kewangan ,inventori bahan dan peralatan di prasekolah mengikut Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan serta Perintah Am yang berkuatkuasa.

3. OBJEKTIF :

Modul ini dihasilkan bertujuan untuk menyediakan satu garisan panduan spesifikasi tugasan Pembantu Pengurusan Murid dalam hal-hal pentadbiran urusan prasekolah : -
3.1 Membantu mengurus pentadbiran prasekolah secara sistematik dengan cekap, mantap, berkesan dan berkualiti.

3.2 Membantu mengurus pengendalian pengurusan kewangan prasekolah dengan berhemah, cekap, sistematik dan berkesan bagi memastikan program pendidikan prasekolah terlaksana dengan jayanya tanpa pembaziran.

3.3 Membantu menguruskan inventori prasekolah secara sistematik,berkesan dan memastikan peralatan di dalam dan di luar bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan selamat serta dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan bagi urusan p & p.

4. BIDANG TUGAS :

4.1 Pentadbiran Pengurusan Prasekolah

4.1.1 Membantu merekod buku pendaftaran murid prasekolah
o Murid normal
o Murid bermasalah pembelajaran – surat perakuan doktor
4.1.2 Membantu merekod kehadiran murid prasekolah
4.1.3 Membantu menguruskan sistem fail prasekolah
4.1.4 Mengemaskini data maklumat murid prasekolah
4.1.5 Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang
berkaitan dengan prasekolah
4.1.6 Membantu menghubungi pihak agensi luar yang ada kaitan
dengan program pendidikan prasekolah
4.1.7 Membantu merancang dan melaksanakan program prasekolah
seperti lawatan, sambutan harijadi,karnival dsbnya.
4.1.8 Membantu merekod profil murid
4.1.9 Membantu mengemaskini dan menyimpan rekod profil
4.1.10 Membantu menghubungi ibu bapa sekiranya berlaku sebarang
kecemasan
4.1.11 Membantu merancang takwim prasekolah seperti merancang
aktiviti prasekolah mengikut tahun, bulan, minggu dan harian-
carta gantt.








4.2 Pengurusan Kewangan

4.2.1 Membantu menguruskan belanjawan bulanan, mingguan dan harian
4.2.2 Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian
4.2.3 Membantu merancang belanjawan menu harian, mingguan dan
bulanan
4.2.4 Membantu menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan
dengan kewangan prasekolah
4.2.5 Membantu merekod perbelanjaan dan sumbangan yang
diterima untuk prasekolah
4.2.6 Membantu menulis resit / kutipan insuran dan sumbangan
daripada ibu bapa / penjaga / pihak luar
4.2.7 Membantu menguruskan peruntukan kewangan yang diterima ( PCG dan Bantuan Makanan ) serta mengemukakan tuntutan ke unit kewangan ( PPD/PPB/JPN )
4.2.8 Membantu menguruskan pesanan bahan-bahan masakan dan
mengenal pasti kuantiti mencukupi serta barangan yang
diterima berkualiti.
4.2.9 Membantu menguruskan kutipan pembelian sampingan
(t.shirt, lencana, pakaian prasekolah dsbnya)
4.2.10 Membantu mengurus kutipan – menerima dan mengeluarkan
resit kemasukan pendaftaran murid prasekolah.








4.3 Inventori, Bahan Dan Peralatan

4.3.1 Menyenaraikan bahan-bahan / peralatan – harta modal dan
bukan harta modal di prasekolah (Kew 3.1.2)
4.3.2 Menyedia dan membuat inventori peralatan dalam kelas
prasekolah (Kew 3.1.3)
4.3.3 Merekod pembelian bahan dan peralatan di prasekolah
4.3.4 Merekod daftar bekalan pejabat (Kew 3.1.4)
4.3.5 Merekodkan pergerakan harta modal (Kew 3.1.5)
4.3.6 Merekod dan melabel nombor pendaftaran stok
4.3.7 Menerima dan merekod bahan / peralatan yang dibekalkan
( sijil SAP )
4.3.8 Mencadang dan menguruskan proses hapus kira bagi bahan / peralatan yang telah tamat tempoh dan rosak
4.3.9 Mengenal pasti, mencatat dan melapor sebarang kerosakan
peralatan di dalam kelas prasekolah






















5. SKOP/AKTIVITI

PENGURUSAN PENTADBIRAN

5.1 Pendaftaran murid

5.1.1 Menganggotai jawatankuasa pemilihan murid prasekolah
5.1.2 Memahami prosedur pengambilan murid ke prasekolah
5.1.3 Mengiklankan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah
5.1.4 Menyimpan rekod murid yang tidak berjaya dan memaklumkan
kepada ibu bapa melalui surat.
5.1.5 Menyimpan rekod semua permohonan murid pada satu-satu tahun semasa
5.1.6 Menerima dan merekod pendaftaran murid prasekolah ke dalam buku pendaftaran
5.1.7 Membantu dan menguruskan taklimat khas kepada ibu bapa murid pada awal tahun
5.1.8 Membantu program orientasi murid prasekolah


5.2 Rekod Kehadiran Murid

5.2.1 Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
5.2.2 Mengemaskini maklumat murid di dalam Buku Kedatangan











5.3 Sistem Fail

5.3.1 Mewujudkan sistem fail yang sistematik
5.3.2 Menyimpan dan menyelenggara semua fail yang berkaitan prasekolah (Contoh : pendaftaran, kewangan, inventori, mesyuarat , surat keluar masuk, perjanjian pembekal dsbnya)

5.4 Maklumat dan Data Murid

5.4.1 Menyimpan dan membantu merekod segala maklumat
5.4.2 Menyimpan dan membantu merekod segala data murid prasekolah.




5.5 Perhubungan Luar

5.5.1 Menghubungi dan menguruskan perhubungan dengan lain-lain agensi yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. (Contoh: Kemas,Kementerian Kesihatan, Bomba dsbnya)

5.6 Program/Aktiviti Prasekolah

5.6.1 Membantu dan merancang program/aktiviti prasekolah dengan
melibatkan diri secara menyeluruh.
5.6.2 Membantu mengendalikan program/aktiviti prasekolah.




5.7 Rekod Profil Murid

5.7.1 Membantu mengemaskini dan melengkapkan Rekod Profil Murid seperti:
- rekod peribadi
- rekod kesihatan
- rekod anekdot
- rekod kemajuan murid

5.7.2 Membantu memberi maklum balas perkembangan murid kepada ibu bapa/penjaga atau pihak berkaitan.




5.8 Takwim

5.8.1 Membantu merancang takwim prasekolah.
- tahunan , bulanan ,mingguan.
5.8.2 Carta Gantt / Kalendar Aktiviti.

5.9 Lawatan

5.9.1 Membantu merancang lawatan-lawatan berkaitan aktiviti prasekolah
5.9.2 Membantu menyedia dan menyimpan surat kebenaran lawatan ibu bapa / penjaga.
5.9.3 Membantu mengendalikan urusan berkaitan lawatan.
5.9.4 Membantu mengutip bayaran lawatan ( jika ada )
5.9.5 Melibatkan diri dalam program lawatan murid



PENGURUSAN KEWANGAN
5.10 Belanjawan

5.10.1 Membantu menguruskan belanjawan bulanan, mingguan dan
harian
5.10.2 Membantu merancang belanjawan menu harian, minguan dan
bulanan
5.11 Bekalan/Pembelian

5.11.1 Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian
5.11.2 Membantu menguruskan pesanan bahan masakan (basah /
kering )
5.11.3 Mengenal pasti kuantiti dan kualiti pesanan

5.12 Perakaunan

5.12.1 Membantu merekod perbelanjaan dan sumbangan yang
diterima
5.12.2 Membantu menguruskan perakaunan prasekolah
5.12.3Membantu dan menerima menulis resit / kutipan dan sumbangan








PENGURUSAN STOK

5.13 Prosedur Pelaksanaan
5.13.1 Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Stok
5.13.2 Penerimaan barang-barang
5.13.3 Penyimpanan barang-barang
5.13.4 Pemeriksaan dan Verifikasi Stok

5.14 Daftar
5.14.1 Daftar Harta Modal Kew 312/312A
5.14.2 Daftar Iventori Kew 313
5.14.3 Daftar Stok Bekalan Pejabat Kew 314
5.14.4 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Iventori Kew 315
5.14.5 Siri Pendaftaran Stok
5.15 Hapus kira

5.15.1 Menguruskan proses hapus kira

5.16 Pelupusan

5.16.1 Memahami kaedah pelupusan berdasarkan Pekeliling semasa yang berkuatkuasa









6. CADANGAN PROGRAM KURSUS

Tajuk : Kursus Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

6.1 Jangka masa kursus
6.6.1 Pengurusan Pentadbiran - 2 jam
6.6.2 Pengurusan Kewangan - 4 jam
6.6.3 Pengurusan Stok dan Bekalan - 4 jam

6.2 Aktiviti Kursus

6.2.1 Perbengkelan
6.2.2 Ceramah
6.2.3 Pembentangan
6.2.4 Sesi dialog
6.2.5 Taklimat
6.2.6 Perbincangan
6.2.7 Percambahan fikiran
6.2.8 Penilai
1. TAJUK : Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Prasekolah

2. DISKRIPSI KOMPETENSI

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 bertanggungjawab membantu guru di kelas-kelas prasekolah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah secara efektif bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki sekolah rendah.



3. Objektif

Memberi pendedahan kepada Pembantu Pengurusan Murid N 17 untuk memahami bidang tugas dalam membantu pengajaran dan pembejaran murid prasekolah secara berkesan.
3.1 Mengetahui Akta Pendidikan yang berkaitan dengan tugasan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Tahu teori dan ciri perkembangan kanak-kanak bagi membantu memahami tingkahlaku murid dan perdezaan individu murid mengikut tahap perkembangan mereka.
3.3 Mengetahui kandungan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, pendekatan dan strategi serta pengurusan Rekod Profil murid.
3.4 Mengetahui asas persediaan mengajar dan boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
3.5 Mendapat pengetahuan asas dalam pedagogi dan rutin harian di kelas prasekolah
3.6 Tahu dan boleh menguruskan keperluan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

3.7 Peka dalam pengurusan ruang dalam dan luar bilik darjah bersesuaian dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran


















4. BIDANG TUGAS PPM DALAM MEMBANTU PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertanggungajawab dalam semua hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah. Tugasan ini merupakan tugasan utama dalam membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini maka PPM mesti memahami tugas dan peranannya. Bidang tugas dalam membantu pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;





4.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
4.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
4.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
4.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
4.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
4.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
4.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
4.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekola
5 SKOP/AKTIVITI

5.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan;

5.1.1 Membantu merancang aktiviti bimbingan dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
seperti membimbing murid memberi ucap selamat atau salam dan bertutur dengan bertatasusila. Beratur dan mengikut giliran apabila melakukan aktiviti.


5.1.2 Membantu merancang aktiviti asuhan pembelajaran di dalam dan di luar biliik darjah.. Seperti mengasuh murid untuk menjaga kebersihan diri, pakaian dan sentiasa menyusun kasut di tempat yang disediakan dan mengemas peralatan selepas digunakan.

5.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan;

5.2.1 Mewujudkan suasana dan persekitaran kelas yang kondusif.
5.2.2 Membantu menceriakan kelas dengan bahan bantu belajar dan mengajar mengikut keperluan berasaskan tema pembelajaran
5.2.3 Membantu menguruskan susun atur perabot di pusat-pusat pembelajaran mengikut keperluan tema dan komponen-komponen dalam kurikulum
5.2.4 Membantu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan menarik minat murid. Seperti pengabungalinan belajar melalui bermaindan kesepaduan hasil pembelajaran dengan penggunaan multi media dalam pengajaran.

5.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah;

5.3.1 Membantu mengelola aktiviti pembelajaran yang berteraskan murid dan pengilibatan murid dalam setiap aktiviti.
5.3.2 Membantu dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang mencabar minda murid, meneroka dan mewujudkan rasa ingin tahu murid.
5.3.3 Membantu mempelbagaikan proses pembelajaran berteraskan pendekatan belajar melalui bermain. Seperti : bercerita dengan menggunakan pendekatan main peranan dan aksi. Beraksi mengikut rentak dan irama. Menyanyi dan menggunakan semasa bercerita.

5.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar;

5.4.1 Melaksanakan amalan dan pelakuan baik setiap masa yang boleh dicontohi dan diikuti oleh murid. Seperti mengucapkan terima kasih setelah murid membantu memberishkan meja selepas makan.
5.4.2 Membantu memberikan penghargaan dan pengiktirafan dalam setiap aktiviti murid. Seperti: memberi pujian/ ganjaran dan memberikan penghargaan dalam bentuk koleksi lencana atau bintang pencapaian.
5.4.3 Membantu memberi dorongan dan ransangan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.
5.4.4 Membantu mempertingkatkan sikap dan nilai dalam tingkah laku dan perlakuan murid. Seperti: tekun, rajin, sabar dan cermat.

5.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah;

5.5.1 Membantu memilih bahan serta peralatan yang sesuai dengan tema-tema pengajaran.
5.5.2 Membantu menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.
5.5.3 Membantu menyusun atur bahan dan perlatan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.4 Membantu mengemaskan bahan dan perlatan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.5 Membantu menentukan bahan dan peralatan yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan murid.
5.5.6 Membantu membuat klasifikasi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian berasaskan pusat-pusat pembelajaran.
5.5.7 Membantu mempamerkan bahan-bahan dan perlatan yang sesuai bagi tujuan mengukuhan pembelajaran.
5.5.8 Menentukan bahan dan peralatan dalam keadaan baik, bersih dan selamat sebelum digunakan.

5.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kasihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya;

5.6.1 Membantu mengawas aktiviti murid semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
5.6.2 Membantu mengawas pergerakan dan perlakuan murid semasa melakukan aktiviti di luar bilik darjah dan semasa menggunakan peralatan permainan luar. Seperti: gerak laku murid semasa menggunakan palang pemanjat ( monkey bar) dan semasa bermain buaian
5.6.3 Memastikan persekitaran dalam keadaan selamat semasa menjalankan aktiviti luar kelas. Contoh: cuaca berjerubu.
5.6.4 Memastikan murid berpakaian kemas dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
5.6.5 Membantu dan membimbing murid melakukan aktiviti pembelajaran secara tertib dan bertatasusila seperti semasa makan, semasa ke tandas dan gosok gigi.

5.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif;

5.7.1 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti individu dan kumpulan. Seperti: membantu murid menjalankan aktiviti menulis, melukis dan mewarna, membuat kraftangan, binaan dan kemahiran manupalatif.
5.7.2 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti awal membaca, asas menulis dan asas mengira.
5.7.3 Membantu murid dan mendampingi mereka dalam aktiviti gerak kerja fizikal seperti lompat ketinting dan imbangan badan bagi membantu dalam perkembangan psikomotor kasar dan gerakan jari untuk perkembangan psikomotor halus.
5.7.4 Membantu dan membimbing murid dalam berkomunikasi secara bersopan dan bertatasusila.

5.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah;

5.8.1 Membantu guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut tema yang telah ditetapkan
5.8.2 Membantu menentukan aktiviti pe,belajran mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid.
5.8.3 Membantu guru membuat persediaan awal bahan dan peralatan yang akan digunakan mengikut tema pembelajaran
5.8.4 Membantu guru menguruskan aktiviti pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu.
5.8.5 Membantu guru mengelolakan kumpulan pembelajaran mengikut aktiviti-aktiviti berasaskan perancangan mengajar.
5.8.6 Membantu guru mewujudkan pusat tema pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancangkan dalam takwim.
5.8.7 Membantu guru mengawal disiplin murid semasa aktiviti dijalankan
5.8.8 Membantu guru mengedar dan memungut bahan serta peralatan pengajaran murid semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan
5.8.9 Membantu guru mengumpul, mempamerkan dan menyimpan hasil kerja murid.







CADANGAN PERISIAN KURSUS

1. Teori Perkembangan Kanak-kanak
2. Pengurusan Kurikulum Prasekolah
3. Pendekatan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
4. Pengurusan Rekod Mengajar
5. Asas Pedagogi dan sehari di prasekolah
6. Pengurusan ruang dalam dan luar prasekolah

PERUNTUKAN MASA

16 jam


























TAJUK : URUSAN PENJAGAAN HAL EHWAL MURID

DISKRIPSI KOMPETENSI:
Pembantu Pengurusan Murid (PPM N17) perlu sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan Hal Ehwal Murid supaya berkesan, untuk mempertingkatkan lagi kebajikan, keselamatan, disiplin dan kesejahteraan murid.

OBJEKTIF:
Pembantu Pengurusan Murid (PPM N17) dapat memastikan tugas dilaksanakan dengan lebih berkesan dari segi :
1. Pengurusan kebersihan murid
2. Penjagaan keselamatan, kebajikan dan kesihatan.
3. Menjadi ‘Role-model’ kepada murid

BIDANG TUGAS:

Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.



SKOP/AKTIVITI

1. Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

1.1 Memeriksa kebersihan diri dan pakaian murid pada waktu pagi
sebelum kelas bermula.
1.2 Memastikan kebersihan diri dan pakaian murid sentiasa dalam
keadaan kemas dan bersih.
1.3 Memastikan murid membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
1.4 Memastikan murid menggosok gigi selepas makan.
1.5 Memastikan murid mengelap tangan dengan tuala yang bersih selepas membasuh tangan.
1.6 Memastikan kebersihan diri dan pakaian murid selepas makan dan
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.8 Membantu murid-murid membersihkan diri jika perlu.
1.9 Menyusun dan mengemas kasut di tempat yang telah dikhaskan.
1.10 Memastikan murid minum pagi sebelum kelas dimulakan.
1.11 Menghadiri kursus berkaitan.
1.12 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.





2. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

2.1 Mengasuh dan mendidik serta menjadi tauladan kepada murid-murid tentang kebersihan dan kekemasan.
2.2 Mengurus dan mengawal tingkahlaku murid sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Keterampilan diri menjadi teladan kepada murid seperti tingkahlaku diri, tutur-kata, kesopanan menjadi tauladan kepada murid.
2.4 Sentiasa berpakaian kemas sewaktu bertugas.
2.5 Menghadiri kursus yang berkaitan.
2.6 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

3. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

3.1 Menyambut kedatangan murid dengan mesra sebelum kelas bermula.
3.2 Memastikan murid dalam keadaan selesa dalam kelas.
3.3 Memastikan waris atau penjaga mengambil murid sewaktu pulang.
3.4 Memastikan murid bersalam dengan guru dan pembantu sebelum dan selepas kelas.
3.5 Membentuk sahsiah yang sempurna seperti doa, memberi salam, tutur-kata dan peradaban.
3.6 Menerapkan nilai moral melalui bacaan doa:
- doa masuk dan mula kelas
- doa sebelum dan selepas makan
- doa masuk tandas
- doa sewaktu pulang dan lain-lain
- menerapkan nilai-nilai moral yang sesuai dengan
kepercayaan agama.
3.7 Membantu guru mengurus program lawatan dan aktiviti ko kurikulum (karnival, sukan dan lain-lain).
- jadual lawatan
- pengangkutan
- makan dan minum
- pengurusan murid
3.8 Memastikan tetamu/waris berhubung dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum ke kelas prasekolah.
3.9 Menghadiri kursus yang berkaitan.
3.10 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
4. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

4.1 Mengiringi murid ke tandas.
4.2 Membimbing murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.
4.3 Memastikan tandas dalam keadaan bersih dan selamat diguna.
4.4 Membawa murid ke klinik/hospital jika perlu.
4.5 Memerhati tahap kesihatan murid pada waktu pagi sebelum
memulakan P&P dan sewaktu pulang.
4.6 Mengiringi murid-murid ke bilik rawatan apabila ada pemeriksaan kesihatan dari pihak klinik/hospital.
4.7 Menghadiri kursus yang berkaitan.
4.8 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

5.1 Memastikan peralatan yang akan digunakan tidak membahayakan murid (dalam dan luar kelas).
5.2 Mengemas/menyimpan peralatan selepas digunakan.
5.3 Memastikan alat pemadam kebakaran berfungsi.
5.4 Memastikan suis elektrik ditutup selepas digunakan.
5.5 Memastikan pendawaian eletrik sentiasa dalam keadaan selamat.
5.6 Memastikan peralatan dapur disimpan di tempat yang selamat.
5.7 Memastikan saluran gas dalam keadaan selamat digunakan.
5.8 Memastikan bilik rawatan/rehat disediakan dan berfungsi jika ada.
5.9 Memastikan Peti Pertolongan Cemas berfungsi, perkakasan sentiasa di periksa (ubat-ubatan tidak lupus tarikh) serta selamat digunakan.
5.10 Memastikan pintu dan tingkap berkunci sebelum meninggalkan kelas.
5.11 Sentiasa memastikan keadaan kelas dalam keadaan kondusif sepanjang proses P&P.
5.12 Menghadiri kursus yang berkaitan.
5.13 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.






Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

6.1 Mengawal tingkahlaku atau pergerakan murid semasa ketiadaan guru.
6.2 Bertindak sebagai pembimbing.
6.3 Memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana pembelajaran.
6.4 Menghadiri kursus yang berkaitan.
6.5 Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.









CADANGAN KURSUS YANG BOLEH DIJALANKAN KEPADA PPM N17

TAJUK:

1. Kursus Pengurusan Penjagaan Hal Ehwal Murid
2. Jangka masa: 2 jam

AKTIVITI:

1. Peserta Kursus PPM N17 akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan mencatatkan perkara-perkara yang mereka lakukan di kelas prasekolah yang berkaitan dengan tugasan Pengurusan Hal Ehwal Murid N17.
2. Pembentangan oleh ketua kumpulan
3. Pembentangan kursus oleh fasilitator.
4. Sesi soaljawab
5. Ulasan dari peserta kursus tentang dapatan daripada kursus yang telah diberikan berdasarkan boring penilaian yang diedarkan kepada setiap peserta kursus.









1. TAJUK: PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN / MENGEMAS/
MEMBERSIH

2. DISKRIPSI BIDANG KOMPETENSI :
Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab membantu guru di dalam merancang menu dan mengelola penyediaan makanan serta melaksanakan peraturan cara makan disamping mengamalkan kebersihan makanan , dapur dan ruang makan bagi memastikan murid-murid prasekolah dapat menikmati makanan yang bersih, berkhasiat, dan seimbang.




OBJEKTIF

Untuk memastikan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) dapat :

3.1 Menyedia dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang.
3.2 Membersih dan mengemaskan perkakasan dapur dengan baik.
3.3 Menyedia dan mengemas keseluruhan ruang di prasekolah.
3.4 Menyusun atur peralatan di prasekolah mengikut keperluan semasa.




BIDANG TUGAS

4.1 Cara penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
4.2 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
4.3 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
4.4 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.





SKOP / AKTIVITI :

5.1 Cara penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

5.1.1 Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayur-sayuran walaupun menjimatkan air.
5.1.2 Tempat penyediaan sayur hendaklah dibersihkan dari bahan mentah lain seperti daging, ayam atau ikan.
5.1.3 Proses menyediakan bahan mentah sebelum memasak haruslah dilakukan tempat yang bersih.
5.1.4 Semua makanan yang dimasak harus dimasak dengan secukupnya.
5.1.5 Meletakkan makanan beku dibawah air bersih yang mengalir pada suhu 21’ C sehingga cair.
5.1.6 Letakkan makanan beku dalam ruang penyejuk atau peti sejuk pada suhu 5 ‘ C .
5.1.7 Gunakan ketuhar gelombang mikro ( mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pembuat ).
5.1.8 Meletakkan makanan beku terus dalam proses memasak konvensional dan pastikan suhu yang sesuai untuk menyah beku dan memasak dalam proses yang sama.
5.1.9 Pada umumnya masak pada suhu didih 100’C pada jangka masa 5-10 minit adalah cukup untuk membunuh bakteria.
5.1.10 Makanan sedia dimakan untuk penghidangan berterusan harus disimpan pada suhu penyimpanan berikut :
- Untuk makanan yang dihidang panas (63’C atau lebih)
- Untuk makanan yang dihidang sejuk (4’C atau kurang).
- Untuk makanan yang dihidang beku (10’C atau kurang).
5.1.11 Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging disimpan pada suhu beku. Penyimpanan suhu sejuk beku supaya dapat menahan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
5.1.12 Pastikan semua Pembantu Pengurusan Murid mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
5.1.13 Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas.
5.1.14 Membasuh tangan setiap kali dengan sabun sebelum menyedia dan menghidang makanan.
5.1.15 Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan.
5.1.16 Kuku pendek dan bersih.
5.1.17 Jangan memakai barangan kemas semasa menyediakan makanan.
5.1.18 Pastikan diri sentiasa bersih dan kemas.
5.1.19 Berpakaian bersih, pastikan apron dan tudung kepala bersih dan dipakai dengan betul.
5.1.20 Elakkan mengorek telinga, hidung dan menggaru ketika menyediakan makanan.
5.1.21 Elakkan mengunyah makanan ketika menyediakan makanan.
5.1.22 Dapat rawatan segera sekiranya sakit.
5.1.23 Pemilihan bahan mentah :
· Mengikut spesifikasi ( syarat kontrak ).
· Bahan mentah seperti telur, ayam daging, ikan sayur dan susu dipilih dengan teliti. Elakkan pencemaran bendasing seperti batu, pasir dan sebagainya. Jika berkulat atau cacing terus ditolak.
· Elakkan daripada membeli bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih. ( bercampur dengan bahan-bahan kimia atau bahan bukan makanan )
· Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam tidak berbau busuk dan meleket berada pada suhu 7.2’C sewaktu penerimaan .

5.1.24 Pemilihan bahan makanan di dalam tin (susu tepung,milo,ovaltine-makanan yang diawet di dalam tin tidak digalakkan )
· Tin yang tidak kemek dan tidak berkarat .
· Periksa tarikh pembuatan dan tarikh luput.
· Stor penyimpanan bahan kering mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan.
· Suhu yang lebih baik ialah 21’C

5.1.25 Penyediaan sayuran dan buah – buahan :
· Rendam dan basuh sebersih-bersihnya sayur-sayuran dan buah-buahan segar sama ada untuk di masak atau di makan mentah.
· Gunakan bekalan air yang selamat untuk membuang bahan cemar yang melekat sebelum dipotong atau di makan.
· Elakkan memegang makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan dengan tangan.
· Gunakan penyepit, sudu , garfu untuk ambil makanan.
· Lindungi makanan daripada terdedah dengan penutup yang sesuai.
· Bahan bercetak tidak harus digunakan untuk membalut makanan.

5.1.26 Jangan meniup ke dalam beg plastik dan pembungkus bungkusan yang digunakan untuk makanan dan minuman.

5.1.27 Semasa menghidangkan jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk.

5.2 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

5.2.1 Gunakan peralatan yang bersih dan selamat. Papan pemotong yang khas untuk sayur dibersihkan dengan mengikis,dibersihkan dengan air panas dan dikeringkan.
5.2.2 Perkakas yang berasingan harus dikendalikan untuk makanan yang sudah dan belum dimasak.
5.2.3 Pastikan kawasan pengendalian dan penghidangan makanan masak disediakan berasingan daripada tempat pengendalian dengan penyediaan bahan mentah.
5.2.4 Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan bahan makanan mudah rosak.
5.2.5 Bersihkan peti sejuk sekurang-kurangnya satu kali seminggu.
5.2.6 Barang-barang disusun kemas.
5.2.7 Stok tidak berlebihan supaya tidak menyempit ruang dan memberi peluang untuk kehadiran tikus dan lain- lain serangga.
5.2.8 Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut.
5.2.9 Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.
5.2.10 Gunakan bahan pencuci yang sesuai untuk mencuci
peralatan.










5.3 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.

5.3.1 Bekalan air yang selamat dan cukup.
5.3.2 Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.
5.3.3 Tong sampah bertudung dan bersih hendaklah disediakan.
5.3.4 Sampah dibuang setiap hari .
5.3.5 Kemudahan basuh tangan yang mencukupi serta dilengkapi dengan sabun, tong sampah, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan.
5.3.6 Mop lantai setiap hari selepas sesi pembelajaran.
5.3.7 Pastikan air limbahan tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
5.3.8 Sentiasa memastikan lantai, tandas, tingkap dan longkang serta permainan luar bersih dan selesa untuk digunakan.









5.4 Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

5.4.1 Mengatur kerusi meja dan mempastikan semuanya berada dalam keadaan bersih, selamat digunakan, menarik dan selesa.
5.4.2 Mengatur peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut pusat-pusat pembelajaran yang ditetapkan mengikut komponen .
5.4.3 Memastikan keadaan di dalam dan luar kelas berada di dalam situasi yang selamat , selesa dan menarik dan kondusif untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah.
5.4.4 Sentiasa membersihkan alatan yang telah digunakan selepas aktiviti pembelajaran.
5.4.5 Menyusun semula alatan pengajaran dan pembelajaran selepas sesi pembelajaran.
5.4.6 Menyimpan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkaitan dengan tema di tempat yang sesuai (stor).
5.4.7 Membantu guru di dalam merancang susun atur plan kelas prasekolah.
5.4.8 Peralatan di dalam stor berada kemas dan terancang.
5.4.9 Membantu guru mengenalpasti perabut dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang rosak untuk tindakan hapuskira.
5.4.10 Mempastikan benda-benda merbahaya berada di tempat yang sesuai dan selamat kepada murid.























CADANGAN PERISIAN KURSUS

Kursus berkaitan pemakanan dari pakar pemakanan
Kursus pengurusan masakan
Kursus pengurusan dapur
Kursus penyediaan menĂº
Lawatan kerja contohnya lawatan kerja ke pusat “Dapur Sihat di Pusat Kesihatan Umum”

Peruntukan masa : 4 jam