Monday, February 9, 2009

1. TAJUK : Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Prasekolah

2. DISKRIPSI KOMPETENSI

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 bertanggungjawab membantu guru di kelas-kelas prasekolah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah secara efektif bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki sekolah rendah.

3. Objektif

Memberi pendedahan kepada Pembantu Pengurusan Murid N 17 untuk memahami bidang tugas dalam membantu pengajaran dan pembejaran murid prasekolah secara berkesan.

3.1 Mengetahui Akta Pendidikan yang berkaitan dengan tugasan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Tahu teori dan ciri perkembangan kanak-kanak bagi membantu memahami tingkahlaku murid dan perdezaan individu murid mengikut tahap perkembangan mereka.

3.3 Mengetahui kandungan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, pendekatan dan strategi serta pengurusan Rekod Profil murid.

3.4 Mengetahui asas persediaan mengajar dan boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

3.5 Mendapat pengetahuan asas dalam pedagogi dan rutin harian di kelas prasekolah

3.6 Tahu dan boleh menguruskan keperluan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

3.7 Peka dalam pengurusan ruang dalam dan luar bilik darjah bersesuaian dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran


4. BIDANG TUGAS PPM DALAM MEMBANTU PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertanggungajawab dalam semua hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah. Tugasan ini merupakan tugasan utama dalam membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini maka PPM mesti memahami tugas dan peranannya. Bidang tugas dalam membantu pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;





4.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
4.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
4.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
4.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
4.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
4.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
4.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
4.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah







5 SKOP/AKTIVITI

5.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan;

5.1.1 Membantu merancang aktiviti bimbingan dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
seperti membimbing murid memberi ucap selamat atau salam dan bertutur dengan bertatasusila. Beratur dan mengikut giliran apabila melakukan aktiviti.

5.1.2 Membantu merancang aktiviti asuhan pembelajaran di dalam dan di luar biliik darjah.. Seperti mengasuh murid untuk menjaga kebersihan diri, pakaian dan sentiasa menyusun kasut di tempat yang disediakan dan mengemas peralatan selepas digunakan.

5.2 Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan;

5.2.1 Mewujudkan suasana dan persekitaran kelas yang kondusif.
5.2.2 Membantu menceriakan kelas dengan bahan bantu belajar dan mengajar mengikut keperluan berasaskan tema pembelajaran
5.2.3 Membantu menguruskan susun atur perabot di pusat-pusat pembelajaran mengikut keperluan tema dan komponen-komponen dalam kurikulum
5.2.4 Membantu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan menarik minat murid. Seperti pengabungalinan belajar melalui bermaindan kesepaduan hasil pembelajaran dengan penggunaan multi media dalam pengajaran.

5.3 Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah;

5.3.1 Membantu mengelola aktiviti pembelajaran yang berteraskan murid dan pengilibatan murid dalam setiap aktiviti.
5.3.2 Membantu dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang mencabar minda murid, meneroka dan mewujudkan rasa ingin tahu murid.
5.3.3 Membantu mempelbagaikan proses pembelajaran berteraskan pendekatan belajar melalui bermain. Seperti : bercerita dengan menggunakan pendekatan main peranan dan aksi. Beraksi mengikut rentak dan irama. Menyanyi dan menggunakan semasa bercerita.

5.4 Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar;

5.4.1 Melaksanakan amalan dan pelakuan baik setiap masa yang boleh dicontohi dan diikuti oleh murid. Seperti mengucapkan terima kasih setelah murid membantu memberishkan meja selepas makan.
5.4.2 Membantu memberikan penghargaan dan pengiktirafan dalam setiap aktiviti murid. Seperti: memberi pujian/ ganjaran dan memberikan penghargaan dalam bentuk koleksi lencana atau bintang pencapaian.
5.4.3 Membantu memberi dorongan dan ransangan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.
5.4.4 Membantu mempertingkatkan sikap dan nilai dalam tingkah laku dan perlakuan murid. Seperti: tekun, rajin, sabar dan cermat.

5.5 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah;

5.5.1 Membantu memilih bahan serta peralatan yang sesuai dengan tema-tema pengajaran.
5.5.2 Membantu menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.
5.5.3 Membantu menyusun atur bahan dan perlatan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.4 Membantu mengemaskan bahan dan perlatan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku.
5.5.5 Membantu menentukan bahan dan peralatan yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan murid.
5.5.6 Membantu membuat klasifikasi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian berasaskan pusat-pusat pembelajaran.
5.5.7 Membantu mempamerkan bahan-bahan dan perlatan yang sesuai bagi tujuan mengukuhan pembelajaran.
5.5.8 Menentukan bahan dan peralatan dalam keadaan baik, bersih dan selamat sebelum digunakan.

5.6 Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kasihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya;

5.6.1 Membantu mengawas aktiviti murid semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
5.6.2 Membantu mengawas pergerakan dan perlakuan murid semasa melakukan aktiviti di luar bilik darjah dan semasa menggunakan peralatan permainan luar. Seperti: gerak laku murid semasa menggunakan palang pemanjat ( monkey bar) dan semasa bermain buaian
5.6.3 Memastikan persekitaran dalam keadaan selamat semasa menjalankan aktiviti luar kelas. Contoh: cuaca berjerubu.
5.6.4 Memastikan murid berpakaian kemas dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
5.6.5 Membantu dan membimbing murid melakukan aktiviti pembelajaran secara tertib dan bertatasusila seperti semasa makan, semasa ke tandas dan gosok gigi.

5.7 Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif;

5.7.1 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti individu dan kumpulan. Seperti: membantu murid menjalankan aktiviti menulis, melukis dan mewarna, membuat kraftangan, binaan dan kemahiran manupalatif.
5.7.2 Melibatkan diri dalam membantu murid menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti awal membaca, asas menulis dan asas mengira.
5.7.3 Membantu murid dan mendampingi mereka dalam aktiviti gerak kerja fizikal seperti lompat ketinting dan imbangan badan bagi membantu dalam perkembangan psikomotor kasar dan gerakan jari untuk perkembangan psikomotor halus.
5.7.4 Membantu dan membimbing murid dalam berkomunikasi secara bersopan dan bertatasusila.

5.8 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah;

5.8.1 Membantu guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut tema yang telah ditetapkan
5.8.2 Membantu menentukan aktiviti pe,belajran mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid.
5.8.3 Membantu guru membuat persediaan awal bahan dan peralatan yang akan digunakan mengikut tema pembelajaran
5.8.4 Membantu guru menguruskan aktiviti pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu.
5.8.5 Membantu guru mengelolakan kumpulan pembelajaran mengikut aktiviti-aktiviti berasaskan perancangan mengajar.
5.8.6 Membantu guru mewujudkan pusat tema pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancangkan dalam takwim.
5.8.7 Membantu guru mengawal disiplin murid semasa aktiviti dijalankan
5.8.8 Membantu guru mengedar dan memungut bahan serta peralatan pengajaran murid semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan
5.8.9 Membantu guru mengumpul, mempamerkan dan menyimpan hasil kerja murid.

CADANGAN PERISIAN KURSUS

1. Teori Perkembangan Kanak-kanak
2. Pengurusan Kurikulum Prasekolah
3. Pendekatan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
4. Pengurusan Rekod Mengajar
5. Asas Pedagogi dan sehari di prasekolah
6. Pengurusan ruang dalam dan luar prasekolah

PERUNTUKAN MASA

16 jam